Berjaya Food baru-baru ini telah mengumumkan pendapatan bagi Q1 FY2024 yang berakhir pada 30 September 2023 dengan jumlah sebanyak RM278.53 juta.

Meskipun mencatatkan jumlah penjualan yang tinggi, Berjaya Food memaklumkan jumlah pendapatan yang diperoleh merosot berbanding suku tahun yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak RM283.05 juta.

Terkesan dengan inflasi harga barangan antara yang memberi kesan kepada Berjaya Food sekaligus mengurangkan keuntungan bersih syarikat ini kepada RM19.03 juta sahaja.

Antara rangkaian kedai makan yang menunjukkan penurunan penjualan adalah Kenny Rogers Roasters. Berjaya Paris Baguette pula berjaya memaparkan prestasi penjualan sebaliknya daripada apa yang dijangkakan di mana Berjaya Food bakal membuka beberapa lagi outlet Paris Baguette dalam negara mengikut perancangan.

Sementara itu, Berjaya Food menjangkakan Berjaya Starbucks dijangka bakal kembali mendapat momentum penjualan selepas konflik melibatkan perang di Timur Tengah kembali reda.

Sehubungan dengan itu, Berjaya Food akan memfokuskan kepada kos operasi, tenaga kerja serta pengurusan dalam memastikan syarikat ini terus mencatat keuntungan.