Tular satu klip video menunjukkan sebuah Perodua Bezza ‘lowered’ cuba masuk kawasan parkir berbayar dipercayai untuk menyertai satu acara pameran kereta.
Selalunya apabila kereta lowered melalui kawasan berbonggol, pasti pemandu akan menyengetkan kereta bagi ‘memudahkan sedikit’ melepasi bonggol.
Baca Juga:
- Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’
- Berhabis RM37,903 Untuk ‘Make Up’ Bezza, Perkongsian Kos Modifikasi Pemuda Ini Cetus Pertikaian Ramai
- Gara-Gara Honda Civic Terlalu Rendah, Pemandu ‘Terseksa’ Hendak Keluar Stesen Minyak
Bagaimanapun, pemandu Bezza tersebut nampak begitu yakin dengan memandu lurus terus ke bonggol.
Kesannya, bahagian tengah kereta tersangkut di atas bonggol, tidak boleh bergerak ke hadapan dan tidak boleh mengundur ke belakang.
Krew yang berhampiran segera memberikan bantuan dengan menolak kereta ke belakang sambil pemandu mengundurkan kereta ke belakang.
Selepas kereta melepasi bonggol, bahagian bumper hadapan tercabut serta-merta sambil disahut oleh para pengunjung berhampiran.
Xpaham sgt apa best sgt lowered2 ni.. myusahkan org.. dpt kat aku mmg aku hon je manjang 😂
— Tsuji Ryuu ! Hantu Rojak Buah (@TsueEvans) January 2, 2024
Awat tak pakai basic masuk senget? Bodo ka?
— Blazkowicz (@amalikramd) January 2, 2024
Penganjur pon bebal gak. Da tahu kau buat event yang libat kan kereta macam ni. Pilih la venue yang tiada bonggol.
Pepandai la cari, aku bukan organizer event tu. Bukan kerja aku.
— DOM™ (@AppleDom_) January 2, 2024
Video yang dikongsikan X.com @AsyrafRosli_ telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang berasa pelik mengapa masih ramai peminat sanggup berhabis membuat modifikasi yang menyusahkan pemandu sendiri.
Netizen juga mempertikaikan kenapa pemandu Bezza itu tidak menggunakan ‘teknik asas’ bagi kereta lowered dengan menyengetkan kereta sewaktu menaiki bonggol.
Dalam pada itu warganet berasa pelik kenapa penganjur tidak cakna dengan acara serta lokasi yang hendak dibuat.
“Sepatutnya acara untuk kereta-kereta lowered ini patut dibuat di kawasan yang tidak berbonggol,” ujar netizen.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.