Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang tiba, jenama dUCk telah melancarkan kolaborasi eksklusif Marvel x dUCk iaitu hadir dengan aksesori tali leher premium semalam.
Rata-rata peminat jenama tersebut mula membeli koleksi tali leher tersebut dan harganya adalah RM300. Akan tetapi, apa yang menjadi buah mulut netizen apabila bahan yang digunakan iaitu 100% kain sutera haram dan tidak boleh digunakan oleh lelaki beragama Islam.
https://twitter.com/lukmankhiruddin/status/1273287528309649410
Setahu aku, lelaki bole pakai silk kalaw Ade campor dengan bahan lain. Contoh, silk dengan kain lain. Tapi kalaw totally silk tu yang tak boleh. #cmiiw π π π
— RUZZA π²πΎπ²πΎπ²πΎ (@Zzz12118199) June 17, 2020
Aku tgk org lg ramai komen tie duck marvel tue tak lawa berbanding tau hukum silk (sutera) haram utk lelaki
Mungkin x baca description (husnuzon) @ mungkin mmg xtau hukum
So sekarang sekarang keme nak buat apa dgn tie ready stock tue?
— ΩΩΨ± Ψ£Ω Ψ§ΩΩΩΨ§ (@aman_wsc) June 17, 2020
Oleh itu, pihak dUCk telah hentikan penjualan tali leher tersebut dan akan kembalikan semula wang pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli. Pihak dUCk juga telah memohon maaf kerana terlepas pandang pilihan bahan pembuatan tali leher terbabit.
Malah, tali leher tersebut akan diberi kepada petugas barisan hadapan lelaki bukan Islam sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang tiba.
Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sewajarnya pihak dUCk tidak terlepas pandang perkara ini kerana ia melibatkan agama Islam dan pemilik syarikat jenama dUCk juga beragama Islam.
Jenama dUCk sentiasa tampil dengan kontroversi. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet
Bekas Peminat Vivy Yusof Ini Kongsi ‘Nasihat Berguna’ Buat Golongan B40 Dan M40