Litar merupakan tempat yang terbaik untuk orang ramai menguji prestasi kenderaan masing-masing. Bagaimanapun kemalangan tetap boleh berlaku sekiranya pemilik gagal mengawal jenteranya sendiri.

Tahukah anda bahawa pengguna perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku di dalam litar akibat kemalangan.

Menurut hantaran Instagram Careta_Malaysia, sebarang kerosakan yang berlaku di dalam fasiliti litar Sepang perlu menggunakan wang poket sendiri kerana pihak insurans tidak melindungi

Pecahan kos ganti rugi yang perlu dibayar oleh pengguna kepada pihak SIC adalah seperti berikut; penghadang Armco (RM650.00 per unit), penghadang tayar (RM450.00 per lapisan) dan tiang bernilai RM450.00 per unit.

Tambah netizen lagi, antara kos lain yang perlu dibayar ganti rugi seperti berlakunya kebocoran minyak dan air radiator sehingga membasahi lantai.

Semoga selepas ini orang ramai berhati-hati semasa mencuba kemampuan jentera masing-masing semasa berada di dalam litar.

Sentiasa patuhi arahan marshal dan jangan lupa untuk hadiri taklimat keselamatan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam litar.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.