Seorang warga Indonesia memuji cara Malaysia membina stesen bas yang didakwanya seakan-akan berada di lapangan terbang.

Dalam satu hantaran di media sosial X, Gaz, rakyat Indonesia yang bercuti di Malaysia memuji sistem Terminal Bersepadu Selatan yang menjadi lokasi penting untuk orang ramai menaiki bas.

Baca Juga:

“Terminal bas macam airport, ada ruang pelepasan & ketibaan yang besar.

“Sistem penjualan tiket adalah berpusat. Semua kaunter menjual semua tiket bas ke pelbagai destinasi,” katanya dalam ciapan yang kini tular di kalangan warga Indonesia.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa bagi para pelancong, untuk sampai ke TBS, tidaklah begitu sukar kerana terdapat pelbagai kemudahan awam.

“Memasuki Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL tidaklah rumit. Masuk ke dalam bangunan anda akan segera menemui lobi & kaunter tiket seperti dalam gambar, susun atur bangunan mudah difahami.

“Sementara itu, kalau masuk sahaja ke bangunan di Terminal Pulogebang, pasti bingung nak cari kaunter ejen PO bas di mana, apatah lagi diganggu oleh broker rawak. Selain itu, ruang di Terminal Pulogebang kelihatan terlalu sempit untuk memuatkan berpuluh-puluh kaunter ejen bas PO,” katanya.

Untuk rekod, TBS mula beroperasi pada tahun 2011 dengan pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.

Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.