Sebelum ini, AirAsia telah perkenalkan pas tanpa had untuk ke beberapa destinasi di Malaysia. Oleh itu, ramai yang sudah membeli pas tersebut tetapi ada ura-ura yang mengatakan mereka tidak menjumpai tiket dengan harga promosi menggunakan pas tanpa had itu.
Walau bagaimanapun, pengguna Twitter @Akram_Haruka1 telah menggunakan pas tanpa had AirAsia dan berjaya melancong selama 10 hari Ke Pulau Pinang dan Sabah. Beliau telah terokai 5 bandar iaitu Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau, Semporna dan Sandakan.

Baiklah, harini aku nk share experience aku pakai Airasia Unlimited Pass utk travel time PKP ni. Total days trip aku adalah 10hari dengan RM700 , 2 Negeri yang terlibat iaitu Pulau Pinang dan Sabah, 5 bandar yang terlibat iaitu Penang, Kota Kinabalu, Tawau, Semporna dan Sandakan. pic.twitter.com/lSyV2mLNg6
— Akram Haruka (@Akram_Haruka1) July 15, 2020
Tambahnya, percutian ini hanya menelan belanja sebanyak RM700 sahaja termasuk tiket penerbangan, makan, hotel dan snorkelling. Jimat! Difahamkan, tujuan beliau melancong bukanlah untuk melancong secara full board tetapi lebih kepada untuk berehat di setiap tempat sambil belajar dan terokai tempat baharu.
Menerusi perkongsiannya, tiket penerbangannya ditempah 3 minggu sebelum tarikh penerbangan dan kelebihan yang beliau dapat apabila AirAsia batalkan penerbangannya, tarikh penerbangan dan masa dapat ditukar secara percuma.
Jom kita lihat tiket penerbangan yang berjaya didapatkan oleh Akram untuk percutiannya ini.
1. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
Percutian Akram bermula dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang selama dua hari dan beliau dapat berjalan-jalan di sekitar KOMTAR. Beliau menginap di Wassup Youth Hostel. Disebabkan hari hujan pada hari kedua, beliau tidak dapat bersiar-siar di Batu Feringghi dan hanya dapat ke Bukit Bendera.
2. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu
Kemudian, beliau telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu dari Pulau Pinang dan telah menginap di Skypod Hostels. Akram telah berjalan-jalan sekitar Suria Sabah dan juga Imago.
3. Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau
Selepas berjalan-jalan ke Kota Kinabalu, beliau telah menaiki penerbangan ke Tawau dari Kota Kinabalu. Setibanya di Tawau, Akram telah ke Semporna untuk menikmati keindahan pulau di Sabah.
4. Penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur
Puas menikmati keindahan pulau di Sabah, maka Akram pun menaiki penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur. Beliau pulang dahulu ke rumahnya sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan.
< h4>5. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan
Destinasi terakhir beliau adalah Sandakan dan beliau telah manaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan. Tidak banyak tempat yang dapat dilawati kerana tujuannya ke Sandakan hanyalah untuk berjumpa rakannya. Sempatlah beliau untuk berkunjung ke bandar Sandakan, Puu Jih Shih Temple dan juga sekitar Harbour Mall.
Bagaimana dengan percutian yang dikongsikan oleh saudara Akram? Adakah anda sudah bersedia untuk kemas beg pakaian anda untuk jalan-jalan dalam Malaysia.
Jadi ini lah pengakhiran cerita aku travel solo #CutiCutiMalaysia, Walaupun tkde member yg nk ikut since PKPP, tkde unlimited pass, duit, permission dll hal jadi aku pergi je sorg. Bukan tk pernah selalu je tapi kalini dpt lah aku merasa pergi Sandakan, Tawau dan Semporna buat
— Akram Haruka (@Akram_Haruka1) July 15, 2020
Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa tip untuk anda berjimat dalam buat tempahan hotel pada pautan di bawah ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah