Sudah menjadi lumrah buat pengguna kereta untuk mengisi minyak di stesen minyak. Malah kebiasaan sudah diketahui oleh orang ramai meskipun tidak mahir memandu kereta.

Dalam pada itu, siapa sangka masih terdapat segelintir pemandu kereta yang gagal untuk mengisi minyak di stesen minyak. Menerusi perkongsian Twitter @bckupacc99, dapat dilihat rakaman seorang wanita yang mengalami kesukaran mengisi minyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian, tindakan wanita ini yang parkir kereta jauh daripada nozel membuatkan beliau gagal untuk mengisi minyak Perodua Myvi yang dipandu.

Selepas gagal menarik untuk menarik nozel agar mencapai tangki minyak, wanita ini dilihat berusaha untuk mengundurkan keretanya menghala ke nozel. Walau bagaimanapun, tindakannya dilihat sebagai sia-sia selepas masih lagi parkir juah dari nozel untuk mengisi minyak.

Tindakan wanita ini yang gagal melakukan perkara asas secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen. Terdapat netizen yang meragui bagaimana wanita ini mampu mendapatkan lesen memandu.

https://twitter.com/DiyanaLinza/status/1680768063740977153

Tidak kurang juga yang terkejut mengetahui wujudnya individu yang mengalami masalah seperti berikut. Diharapkan situasi yang berlaku tidak lagi berulang kerana pastinya mengundang pelbagai masalah buat pengusaha stesen minyak dan juga mereka yang menanti untuk mengisi minyak kenderaan.