Sebuah kereta jenis Vellfire didakwa telah mengikut rapat Ambulance yang sedang dalam kecemasan telah membuakkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Dalam satu catatan sosial media yang dibuat oleh Fadzilah Hashim di laman Facebook miliknya, difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku semasa kesesakan jalan raya di lebuh raya Simpang Pulai baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan tertera di bahagian atas nombor pendaftaran kereta tersebut ‘Menteri’ bersama-sama dengan lambang Jata Negara.

“Kemalangan kat Simpang Pulai sampai ke Tapah jam… 6 jam Tapah Simpang Pulai… Tapi paling sakit hati kereta menteri ikut belakang Ambulance macam dia terpaling emergency… Hebat menteri-menteri Malaysia… kipidap GOOD WORKS,” tulis beliau.

Hantaran tersebut kemudiannya tular di media sosial X sehingga membuakkan rasa kurang senang netizen terhadap kelakukan menteri tersebut.