Popular sebagai platform dagangan kriptowang, Hotbit baru-baru ini dilaporkan terpaksa menggantung fungsi dagangan, deposit dan pengeluaran sehingga sebuah tempoh yang tidak diketahui.

Difahamkan sekatan dagangan kepada platform Hotbit ini bermula selepas bekas pekerja pengurusan Hotbit yang meninggalkan Hotbit pada April tahun ini terlibat dalam projek yang bertentangan dengan prinsip dalaman Hotbit serta tidak diketahui pihak Hotbit sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih parah, projek tersebut dilakukan pada tahun lalu sewaktu pekerja tersebut bertugas di Hotbit. Oleh yang demikian, beberapa pengurus kanan Hotbit telah disiasat oleh pihak penguatkuasa undang-undang sejak akhir Julai lalu bagi membantu siasatan.

Dilaporkan pada ketika ini, platform kriptowang Hotbit sedang berusaha keras untuk terus memberi kerjasama kepada siasatan oleh pihak penguatkuasa undang-undang serta sedia untuk berkongsi laporan siasatan kepada orang ramai kelak.

Sama-sama kita nantikan keputusan siasatan tersebut. Buat para pelabur kriptowang pada platform Hotbit, pastinya ramai yang mengharapkan platform ini sedia untuk diakses kembali pada masa akan datang.

Sumber