Seorang penghantar barang dilaporkan menanggung kerugian lebih RM63,000 kerana terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ – menurut laporan The Star.

Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan bahawa mangsa mulai ‘berkenalan’ dengan seorang gadis jelita menerusi aplikasi WeChat.

Ternyata individu tersebut telah menyamar menggunakan gambar orang lain. Individiu tersebut telah menggunakan gambar pelakon Hong Kong untuk memperdaya rider tersebut.

Selepas hampir sebulan berkenalan, suspek mulai meminta mangsa untuk membantunya dari segi kewangan. Kerana suspek mendakwa dia perlukan wang untuk merawat ibunya yang sedang sakit.

Suspek telah memberitahu mangsa bahwawa dia terpaksa memutuskan hubungan mereka jika mangsa tidak mahu menuruti permintaannya.

Mangsa yang sudah terlalu sayangkan kekasih alam mayanya itu telah membuat 16 transaksi pemindahan wang ke atas nama Leong Kin Sing sekitar Ogos sehingga November 2024. Kesemua wang tersebut berjumlah RM63,826.

Mangsa meminta untuk berjumpa dengan suspek dan keluarganya. Namun suspek telah memberikan pelbagai alasan.

Mangsa yang sudah kehilangan banyak wang simpanannya telah menyemak gambar gadis tersebut di carian Google.

Mangsa akhirnya mendapati gambar gadis tersebut adalah gambar pelakon terkenal dari Hong Kong.

Polis mengesahkan nkes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

ACP Raub kemudian berpesan: “Sentiasa semak nombor telefon dan butiran akaun bank menerusi aplikasi di telefon pintar, Semak Mule.”