Mulai serius dan aktif pada usia 16 tahun, siapa sangka Nor ‘Phoenix’ Diana atau nama sebenarnya Nor Diana binti Khamaruzaman yang merupakan ahli gusti berhijab pertama Malaysia berjaya mendapat perhatian dunia.

Jika pada tahun 2020 Nor Phoenix Diana berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia, kini sebuah lagi kejayaan berjaya dicapai apabila bintang WWE, Mustafa Ali mencadangkan agar WWE mendapatkan bintang muda dan berpengaruh ini.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian daripada Facebook Shaukat selaku ahli gusti popular dari Malaysia yang turut memenangi beberapa kejuaraan di negara luar, beliau memaklumkan telah melatih Nor ‘Phoenix’ Diana sejak dari 7-8 tahun lepas lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan karier Nor ‘Phoenix’ Diana mampu terbang lebih tinggi serta mendoakan kejayaan wanita tersebut.

Untuk pengetahuan, Nor ‘Phoenix’ Diyana berjaya tersenarai sebagai prospek ke-74 terbaik dunia dalam arena gusti bagi tahun 2023 menurut majalah PWI.

Tampil dengan imej yang unik serta mempunyai bakat yang hebat, Mustafa Ali selaku ahli gusti Muslim turut memuji kehebatan wanita ini. Bukan itu sahaja, difahamkan lebih ramai lagi bintang WWE yang turut menyokong usaha beliau.

Melihat kepada perkembangan wanita ini serta usianya yang masih muda, tidak mustahil Nor ‘Phoenix’ Diyana sekaligus bakal muncul sebagai ahli gusti berhijab pertama yang bakal tampil di platform WWE.

Menyertai WWE Recruit sebelum ke pentas yang lebih besar pastinya antara yang didambakan setiap ahli gusti profesional seluruh dunia.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali ahli gusti dari Malaysia mendapat perhatian bintang WWE. Sebelum ini, ahli gusti Shaukat telah mendapat warning daripada Undertaker selepas berjaya menjadi ahli gusti terbaik Asia Tenggara.