Pada hari ini semakin ramai peniaga menggunakan konsep ‘guna dahulu, bayar kemudian’ serta bayaran secara ansuran untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan barangan yang diingini. Dalam masa yang sama ada juga yang masih menggunakan konsep ‘duit kutu’.

Baru-baru ini seorang peniaga barangan aksesori kereta memuat naik satu hantaran Facebook mengenai salah seorang ‘pemain kutu’ telah mendiamkan diri selepas dia berjaya mendapatkan seat Recaro untuk keretanya.

Baca Juga:

“Dah dapat undi nombor satu, bila dah dapat barang. Masih nak buat hal. ‘Oden Bowl’ sila bayar hutang. Sekarang ini dah nak masuk pemain nombor sembilan. Kesian mereka sebab bila tak cukup orang bayar, dia tak akan dapat barang,” luah Junaidir Jalal.

Dalam hantaran Facebook itu ada menyatakan lelaki tersebut sudah hampir masuk tiga bulan ‘berhutang’ dengan pemain-pemain kutu yang lain. Ada mesej yang dihantar untuk menanyakan hal tersebut, namun cuma dapat bluetick sahaja.

Menurut peniaga aksesori itu, dia sudah cuba berbincang dengan individu tersebut, namun individu itu terus mendiamkan diri sahaja sehingga mencetus tanda tanya.

“Banyak cara kita boleh selesaikan masalah bila tak mampu bayar, kita try tolong cari customer lain untuk beli seat, baki jual seat kita potong terus baki hutang. Atau boleh juga jual semula pada kita, baki tolak hutang.

“Kalau siapa yang berurusan dengan saya, ada dua tiga orang belum sampai turn pun, saya boleh bagi dulu. Ada juga yang bayar sikit-sikit, tapi belum habis bayar, barang dah sampai depan rumah.

“Itu cara saya, sebab bukan sekali je kita nk berurusan dengan orang. Jadi sama-samalah kita permudahkan antara sesama kita,” kata peniaga aksesori itu.

Tujuan dia memuat naik hantaran Facebook itu bukanlah untuk mengaibkan individu tersebut, sebaliknya sebagai satu peringatan kepada pemain-pemain kutu yang lain supaya sentiasa telus dan jujur, serta berlaku adil memudahkan ahli kutu yang lain memiliki aksesori kereta yang diinginkan.