Sudah pun tiba ke Oktober, ini bulan yang dinantikan oleh Elon Musk untuk mempamerkan robot humanoid yang dinamakan Tesla Bot. Robot ini dijangka bakal memudahkan pelbagai urusan harian manusia pada masa kelak.
Terbaharu, Elon Musk sudah memperlihatkan prototaip awal untuk Tesla Bot kepada khalayak ramai. Berdasarkan prototaip yang dipertontonkan, ia memperlihatkan robot tersebut boleh berjalan dan bergerak seperti manusia tetapi dalam kadar yang sangat perlahan.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
JUST IN: Tesla, $TSLA officially unveils AI bot 'Optimus'
— Watcher.Guru (@WatcherGuru) October 1, 2022
Robot ini juga dipamerkan sudah boleh melakukan tugasan seperti menyiram pokok atau bertugas pada bahagian operasi kilang. Buat masa ini, ia masih diperingkat awal pembangunan dan masih perlu mengharungi sejumlah fasa pembangunan sebelum ia boleh bergerak dengan selancarnya.
Elon Musk masih belum memberikan tarikh untuk pengenalan rasminya buat masa ini. Namun dari segi kos dijangka bakal ditawarkan di bawah $20,000 (~RM92,740) untuk setiap satu.