Pada Ogos tahun lalu tular laporan mengenai syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla Motors tidak akan meneruskan rancangannya untuk membina kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang terjadi. Sehubungan itu, pada ketika itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul menyatakan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini (Malaysia).

Baca Juga:

Baru-baru ini semasa menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat, Tengku Zafrul menyatakan perbincangan bersama syarikat EV itu mengenai perkara ini masih lagi sedang berjalan.

@tzafrul_aziz

Apa hala tuju Tesla di Malaysia? Malaysia berpotensi menjadi hab EV serantau, tetapi kenapa Tesla masih belum membuka kilangnya di sini? #TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #Tesla #EV

♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz

“Mengenai Tesla, memang dalam perbincangan kita dengan sebelum ini mereka akan mulakan dengan membuat operasi dari segi jualan kenderaan dan stesen pengecas pantas EV.

“Ada beberapa negara Asia lain pun memang ingin menjemput mereka. Tetapi pada masa ini semasa perbincangan, mereka terkesan dengan persaingan jenama kereta-kereta EV lain,” jelas beliau.

Menurutnya, oleh sebab faktor itu Tesla telah menangguhkan rancangan untuk membuka kilang. Setakat ini hanya ada satu kilang sahaja di Asia iaitu di China.

Tambah Tengku Zafrul, Tesla mungkin membina kilang sekiranya mendapat pendapatan yang positif buat syarikat tersebut.

Tesla dapat manfaat Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri
Dah 2025, Tesla Masih Belum Buka Kilang Di Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul
Sumber Gambar: Facebook Tengku Zafrul

Syarikat dari California itu merupakan jenama EV pertama yang mendapat manfaat insiatif yang ditawarkan kerajaan.

Menerusi inisiatif tersebut, Tesla perlu melaksanakan beberapa syarat-syarat yang dikenakan untuk beroperasi di negara ini.

Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah memasang sekurang-kurangnya 50 unit pengecas ultra pantas dengan kapasiti melebihi 180 kWh.

Dah 2025, Tesla Masih Belum Buka Kilang Di Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul
Sumber Gambar: Instagram @teslamotorsmys

Kemudian, memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada pengecas ultra pantas yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk jenama kenderaan selain daripada jenama milik syarikat.

Pada masa sama perlu bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain lagi.

Dah 2025, Tesla Masih Belum Buka Kilang Di Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul
Sumber Gambar: Instagram @teslamotorsmys