Selain kereta EV, ramai yang tidak tahu bahawa Tesla juga sebenarnya sedia menawarkan barangan gaya hidup buat para peminat jenama itu.
Terbaharu, Tesla Shop merupakan sebuah kedai yang hadir dengan pelbagai aksesori berjenama Tesla kini sudah tersedia di Malaysia. Antara senarai barangan yang disenaraikan termasuklah kelengkapan kereta model Y, aksesori komputer, tumbler dan pakaian.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan akaun guest atau pun akaun Tesla masing-masing. Kedua-dua akaun bakal memberi akses kepada sejumlah barangan yang ditawarkan pada kedai atas talian tersebut.
Berdasarkan pemerhatian kami di laman rasmi Tesla Shop, harga barangan yang ditawarkan agak premium. Sebagai contoh, sebuah USB pendrive 128GB sedia dijual pada harga RM240.
Bagaimanapun, pihak Tesla masih berbaik hati untuk memberikan penghantaran untuk setiap barangan yang dibeli menerusi laman Tesla Shop itu.
Buat anda yang berminat dan mahu membeli barangan keluaran jenama Tesla, boleh lawati ke laman rasmi di Tesla Shop.