Selepas menjadi bahan ketawa di kalangan peminat bola sepak Asia Tenggara sejak kebelakangan ini, skuad kebangsaan Singapura berjaya bangkit dimana mereka menewaskan Myanmar dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional baru-baru ini.

Skuad kendalian Tsutomu Ogura mencatat kemenangan 3-2 ke atas Myanmar dimana jaringan pasukan tuan rumah itu disumbangkan oleh Farhan Zulkifli, Shawal Anuar dan Naqiuddin Eunos pada hujung separuh masa kedua.

Baca Juga:

Akan tetapi, kekalahan kepada Singapura ini sukar diterima oleh kapten Myanmar iaitu Maung Maung Lwin dimana beliau meluahkan kekecewaan ketika sesi temu bual selepas perlawanan tamat.

“Bagi kami, sangat tidak bernasib baik. Anda boleh tengok pengadil, dia seorang yang bodoh. Saya minta maaf kerana bercakap seperti ini kerana kami telah memberikan yang terbaik.

“Perlawanan hari ini pemain terbaiknya ialah pengadil. Saya tak mahu berkata apa-apa lagi,” katanya.

Sebelum ini, Singapura tidak mengadakan perlawanan persahabatan menentang mana-mana negara dimana mereka lebih berminat untuk mengadakan perlawanan pemanas badan menentang beberapa kelab.

Singapura tewas kepada FC Tokyo dengan keputusan 4-0 namun mereka berjaya bangkit ketika menentang satu lagi kelab Jepun iaitu Tokyo Verdy dimana mereka berjaya mencatat kemenangan 2-1.

Pasukan seberang tambak itu juga pernah turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada September lalu yang mana Singapura tewas dengan keputusan 3-0.

Dalam perlawanan itu, ketiga-tiga gol dijaringkan oleh oleh Nazmi Faiz dalam separuh masa pertama, Mohamadou Sumareh, dan pemain import baru dari Colombia, Jorge Obregon pada separuh masa kedua.

Selepas ini, Singapura akan beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric dimana mereka diletakkan dalam kumpulan A bersama Kemboja, Malaysia dan Thailand.