Pasukan Indonesia berjaya mendapat kemenangan dalam saingan AFC B-23 Tahun edisi kali ini apabila menewaskan Australia dalam aksi kumpulan A semalam.

Jaringa tunggal Komang Teguh pada lewat separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada Indonesia sekaligus menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat suku akhir selepas tewas pada perlawanan pembukaan dengan keputusan 2-0 di tangan Qatar.

Baca Juga:

Lebih manis bagi skuad Indonesia, kemenangan ke atas Australia menyaksikan mereka mencatat tiga rekod berbeza dalam saingan AFC B-23 Tahun antaranya catatan semalam merupakan kemenangan pertama mereka dalam sejarah saingan.

Selain itu, gol yang dihasilkan Koman merupakan jaringan pertama dalam kejohanan tersebut dan kecemerlangan penjaga gol, Ernando Ari memastikan Indonesia mencatat clean sheet pertama mereka.

Sekiranya mahu layak ke peringkat suku akhir, Indonesia wajib menewaskan Jordan atau mencatat keputuan seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sambil mengharapkan Qatar yang ketika ini menjadi pendahulu menewskan atau sekadar seri ketika menentang Australia.

Ketika ini, tiga pasukan dari rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam telah meraih tiga mata dan hanya Malaysia sahaja yang belum memenangi perlawanan.

Pasukan negara bimbingan Juan Torres Garrido akan turun berdepan Vietnam pada 20 April ini sekaligus membawa misi wajib menang sekiranya mahu menghidupkan semula peluang untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawanan pertama, Malaysia tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 2-0 dimana kesilapan individu yang dilakukan oleh Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil menjadi punca pasukan negara tewas.