Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menegur sikap pemain ketika rehat separuh masa pertama apabila Malaysia bertemy Kyrgyzstan pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pan-gon berkata demikian ketika sidang media selepas perlawanan dimana beliau mahu pemain agar tidak terlalu yakin serta lebih menghormati pasukan lawan selepas ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama.

Baca Juga:

“Sebelum separuh masa kedua bermula, saya beritahu kepada pemain bahawa kita perlu sedar tentang kedudukan semasa kita, kita bukan pasukan teratas. Kita perlu menghormati pasukan lawan dan merendah diri.

Kim Pan-gon
Sumber gambar: FAM

“Saya suka dengan keyakinan, tetapi kita tidak boleh terlalu yakin, dan kita tidak boleh sombong ketika beraksi.

“Kita perlu menghormati pasukan lawan yang berada di tangga ke-97 dalam ranking FIFA. Ini adalah pengajaran bagi kami. Walau apa pun, perlawanan malam ini (semalam) cukup mengkagumkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Kim Pan-gon agak kecewa dengan jumlah kehadiran penonton yang hadir ke Bukit Jalil dimana hanya 17 ribu penyokong yang hadir ke stadium.

“Malam ini (semalam) kehadiran hanya 17 ribu. Saya menghargai peminat yang hadir ke stadium. Tetapi gelanggang ini mempunyai kapasiti sehingga 80 ribu.

“Bagi saya, penyokong memainkan peranan besar, terutamanya pada perlawanan ini yang menyaksikan kita bangkit,” tambahnya.

Pada aksi semalam, pasukan negara membuka tirai jaringan menerusi Dion Cools dimana beliau menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Arif Aiman.

Berpunca daripada dua percubaan awal yang gagal diselamatkan daripada kawasan bahaya memberikan ruang buat Kayrat Zhyrgalbek Uulu untuk menyamakan kembali kedudukan.

Kyrgyzstan berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan berselang dua minit kemudian menerusi percubaan dalam kawasan penalti oleh Ernist Batyrkanov yang gagal diselamatkan Syihan.

Pasukan lawan sekali lagi menghukun pasukan negara apabila pemain gantian, Kai Merk menyudahkan peluang terhidang menjadikan kedudukan 3-1 memihak lawan pada minit ke-57.

Kim Pan-gon
Sumber Gambar: FAM

Titik kebangkitan Malaysia dimulakan oleh Arif dimana beliau membuat hantaran lintang yang cuba dihalang oleh Christian Brauzman menyebabkan pemain itu tertampan bola ke gawangya sendiri pada minit ke-72.

Berpunca daripada situasi sepakan penjuru yang diambil Arif membolehkan Cools melonjak tinggi lalu memadamkan terus kelebihan dimiliki pasukan pelawat.

Faisal Halim muncul wira buat skuad negara ketika aksi memasuki minit ke-93 selepas rembatannya dalam kawasan penalti setelah menerima lorongan Arif menghadiahkan kemenangan dramatik buat Malaysia.