Puripol Boonson kini bergelar Raja Pecut Asia selepas pelari Thailand itu mencipta sensasi dalam acara 100 meter lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Puripol memecut 9.90 saat dalam aksi final untuk meraih pingat emas, sekali gus memecahkan rekod Sukan Asia 9.92 saat.
Catatan tersebut turut menjadi rekod kebangsaan Thailand baharu dan menyaksikan Puripol muncul sebagai manusia kedua terpantas sepanjang zaman di Asia bagi acara 100 meter.
Pelari berusia 20 tahun itu menewaskan dua wakil Oman, Ali Al Balushi yang memenangi perak dengan catatan 10.04 saat, manakala Malham Al Balushi membawa pulang gangsa selepas mencatat 10.11 saat.
Lebih menarik, Puripol sudah menunjukkan prestasi luar biasa sejak pusingan awal.
Pada 24 September, dia mencatat 9.95 saat dalam saringan 100 meter, hanya 0.01 saat di belakang rekod peribadinya ketika itu.
Catatan 9.95 saat tersebut merupakan rekod terbaiknya untuk musim ini dan meletakkan Puripol sebagai satu-satunya pelari Asia yang berjaya mencatat masa bawah 10 saat pada musim ini sebelum final.
https://twitter.com/search?q=puripol&src=typed_query
“Saya sangat teruja hari ini dan sangat gembira. Saya rasa saya boleh mencatat masa terbaik musim ini,” kata Puripol selepas saringan.
Puripol sebelum ini memenangi pingat perak acara 100 meter pada Sukan Asia Hangzhou 2023. Dia juga merupakan atlet Olimpik Paris 2024.
Kini, sasaran Puripol bukan sekadar 100 meter. Dia turut dijadualkan bertanding dalam acara 200 meter dan 4×100 meter, sekali gus membuka peluang untuk memburu tiga pingat emas di Sukan Asia kali ini.
Dengan catatan 9.90 saat, hanya rekod Asia 9.83 saat milik legenda China, Su Bingtian, yang kini menghalang Puripol daripada bergelar pelari terpantas dalam sejarah Asia.
Dalam pada itu, wakil Malaysia, Azeem Fahmi terpaksa menamatkan saingan final 100 meter selepas mengalami kecederaan.
It was a painful end for Azeem, who still managed to finish the race in 14.65s and placed last before collapsing on the track in pain and being stretchered away by the medical team.https://t.co/Uqg1UfrDpz
— The Star (@staronline) September 25, 2026
Semoga Azeem segera pulih dan kembali memberikan cabaran dalam pentas pecut Asia.