Jepun mencipta sejarah di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan China 3-2 dalam final acara berpasukan lelaki pingpong pada Khamis.

Kemenangan tersebut membolehkan Jepun meraih pingat emas acara berkenaan buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Jepun kali terakhir memenangi emas acara berpasukan lelaki pingpong di Sukan Asia pada edisi 1966. Selepas enam dekad, mereka akhirnya berjaya mengulangi pencapaian tersebut di laman sendiri.

Pertemuan dengan China berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling memberikan tentangan sebelum Jepun akhirnya melengkapkan kemenangan 3-2.

Tomokazu Harimoto menjadi antara pemain penting yang membantu Jepun mencatat kemenangan bersejarah ke atas China, yang sememangnya terkenal sebagai antara kuasa utama dunia dalam sukan pingpong.

Kejayaan itu bukan sahaja memberikan Jepun pingat emas, malah menamatkan penantian panjang mereka untuk kembali muncul juara acara berpasukan lelaki di pentas Sukan Asia.

Ia juga menjadi antara detik paling bermakna buat kontinjen tuan rumah dalam edisi Aichi-Nagoya 2026.

China sebelum ini sudah memenangi acara tersbut dalam 8 edisi berturut turut sejak 1990. Dan Jepun berjaya menghalang monopoli China daripada meraih gelaran kesembilan berturut-turut.