Kerajaan Thailand dilaporkan sedang merancang untuk mengharamkan pelancong Israel masuk ke negara itu.
Ini kerana, segelintir pelancong dari negara regim zionis yang masuk ke negara jiran telah menunjukkan perangai buruk dan menganggu ketenteraman orang awam.
Baca Juga:
- Pelancong Thailand Kena ‘Paw’ Lebih RM800 Dengan ‘Jurugambar’ KLCC

- Influencer Pemotoran Palsukan Kematian, Rupa Rupanya Lari Ke Thailand Untuk Bernikah

- ‘Lebih Kurang Je’ – Pemuda Thailand Hairan Lihat Warga Indonesia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia

BREAKING –
Thailand is considering to ban Israeli tourists due to their unfriendly behavior pic.twitter.com/33rBYN2WYc
— Global UPDATES (@GlobalUpdates24) July 24, 2025
Thailand Mahu Haramkan Pelancong Israel
Salah seorang wakil dari Kementrian Pelancongan berkata negara itu menjunjung tinggi nilai kesopanan, tetapi tidak bertoleransi sekiranya ada yang melampaui batas.
Pelancong dari Israel sememangnya terkenal dengan perangai seperti monyet ketika melawat negara lain.

Baru-baru ini, tular video yang menunjukkan sekumpulan pelancong tidak menghormati budaya setempat di Koh Phangan.
Klip berdurasi 15 saat menunjukkan pelancong itu enggan menanggalkan kasutnya sebelum memasuki kafe, melanggar norma budaya Thai yang biasa.
Apabila disuruh, wanita itu menjerit, “Wang saya membina negara anda,” satu kenyataan yang dilihat ramai orang Thai sebagai sangat tidak menghormati.