Thailand kini sedang merancang untuk membina pelabuhan dan jalan laut yang lebih pantas dengan ‘memotong’ Selat Melaka. Rancangan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada sektor ekonomi Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Menurut laporan media antarabangsa, difahamkan Thailand kini sedang dalam fasa perancangan untuk menjalankan projek terusan bernilai bilion dolar bagi mengurangkan masa penghantaran antara Lautan Hindi dan Pasifif dengan mengelak Selat Melaka.

Baca Juga:

Projek yang dianggarkan menelan belanja sekitar AS$28 bilion (RM130 bilion) akan memendekkan masa perjalanan kira-kira empat hari dan bakal mengurangkan kos penghantaran sebanyak 15 peratus.

Dalam salah satu temubual yang dilakukan oleh Harian Metro, Profesor Datuk Dr Alias Abdullah, Ketua Bahagian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Majlis Profesor Negara (MPN), berkata rancangan Thailand itu akan memberi kesan kepada sektor logistik tempatan dan pelabuhan utama di Malaysia.

Beliau melihat jika Bangkon merealisasikan rancangan ini, ia akan memberi kesan besar kepada operasi Malaysia di Pelabuhan Klang, Kuantan, dan Tanjung Pelepas, dengan lebih sedikit kapal yang melalui Selat Melaka sebaik sahaja pelabuhan yang dirancang siap.

Disebabkan itu, beliau menyarankan kerajaan Malaysia membangunkan pelan jangka panjang untuk sektor logistik negara dan jika ia benar-benar dibangunkan, Malaysia perlu memanfaatkan pembaharuan ini, bukan sahaja dari sektor ekonomi, tetapi juga pelancongan.

Selain kerjasama yang baik dengan Thailand, Malaysia juga disarankan untuk menambah baik perkhidmatan pelabuhan, menawarkan sesuatu yang lebih kompetitif dan merancang pelan yang akan memberi pulangan yang bermanfaat.

Malaysia juga mewujudkan zon pertumbuhan ekonomi di antara negara-negara jiran bagi memastikan pelaburan dan faedah dapat dinikmati bersama.

Kementerian Ekonomi berkata bahawa satu kajian telah dijalankan bagi menilai bagaimana cadangan itu akan menjejaskan ekonomi negara. Sebarang keputusan hanya akan diputuskan selepas satu kajian penuh diperolehi.

Sumber