Filem animasi kanak-kanak The Secret Life of Pets 2 arahan Chris Renaud bakal mengisi masa lapang anak-anak anda pada musim panas ini. Pastinya filem animasi ini bakal menjadi sebahagian daripada koleksi kesukaan filem animasi mereka dengan adegan-adegan mencuit hati yang dipaparkan.

The Secret Life of Pets 2 merupakan filem animasi komedi kanak-kanak yang mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan haiwan peliharaan. Filem ini akan menyelami kisah lucu setiap watak yang menjalani kehidupan mereka bersama penjaga dan rakan-rakan pada setiap hari.

The Secret Life of Pets 2

Tayangan awal filem ini akan bermula pada 24 Mei hingga 26 Mei 2019, manakala ianya akan tersedia di pawagam berhampiran anda bermula 30 Mei ini. Anda juga boleh menggunakan hashtag #TheSecretLifeofPetsMY apabila memuat naik status mahupun gambar setelah menonton filem ini nanti.

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana The Secret Life of Pets 2 di TGV 1 Utama, 29 Mei 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan sertai peraduannya di sini.