Festival Coachella sekali lagi jadi pentas bukan sekadar muzik, tapi juga mesej politik — kali ini dibawa oleh band terkenal Amerika, The Strokes.
Pada hujung minggu kedua festival tersebut, The Strokes menutup persembahan mereka dengan lagu Oblivius (2016), namun apa yang mencuri perhatian bukan sekadar muzik — tetapi visual yang mengiringinya.
Sepanjang lagu dimainkan, skrin besar memaparkan montaj yang mengaitkan CIA dengan pelbagai usaha menjatuhkan kerajaan luar negara.
Antara yang ditonjolkan ialah penggulingan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh pada 1953 — satu peristiwa yang memang telah disahkan melalui dokumen rahsia yang didedahkan.
Visual tersebut kemudian beralih kepada beberapa tokoh dunia lain seperti Patrice Lumumba (Congo), Juan José Torres (Bolivia), Jacobo Árbenz (Guatemala) dan Salvador Allende (Chile), yang turut dikaitkan dengan campur tangan kuasa besar.

Lebih mengejutkan, montaj itu juga menyentuh isu sensitif seperti dakwaan penglibatan kerajaan dalam pembunuhan Martin Luther King Jr., walaupun siasatan rasmi oleh Jabatan Kehakiman AS tidak menyokong keputusan kes sivil 1999 yang mendakwa wujudnya konspirasi melibatkan agensi kerajaan.
Di tengah-tengah visual tersebut, vokalis Julian Casablancas menyanyikan lirik “What side you standing on [kamu berada di pihak mana]?” — seolah-olah mencabar penonton, terutama rakyat AS untuk berfikir dan memilih pendirian.
Isu Gaza & Iran Turut Disentuh
Persembahan itu turut menyentuh konflik semasa, termasuk serangan ke atas universiti di Iran serta kemusnahan institusi pendidikan di Gaza.

Visual terakhir menunjukkan Universiti Al-Israa adalah gambar universiti terakhir di Gaza sebelum dimusnahkan pada 2024.
The Strokes bukan satu-satunya artis yang lantang bersuara. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis menggunakan pentas global untuk menyuarakan sokongan terhadap Palestin dan mengkritik tindakan Isra*l.
Coachella Masih Berdiam
Setakat ini, pihak penganjur Coachella belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Namun klip persembahan tersebut telah tersebar luas di media sosial, dengan salah satu video mencatat lebih 3.7 juta tontonan dalam masa singkat.
Apa yang pasti, The Strokes telah menggunakan pentas Coachella bukan sekadar untuk hiburan, tetapi sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang berani dan mencetuskan perbincangan global.
@st3r.official The Strokes displayed presidents killed by the CIA, and bombed hospitals & universities across Iran and Palestine in their already iconic Weekend 2 performance at Coachella. #coachella2026 #coachella #thestrokes #news #politicstiktok
Apa yang pasti rata rata peminat terharu dan kagum dengan keberanian The Strokes bersuara menggunakan pentas Cochella.