Seorang guru ditahan di Ireland hanya kerana dia tidak mahu menggelarkan pelajar tukar jantina dengan gelaran They seperti diminta pelajar.

Guru ditahan dan dipenjara kerana berdegil

Guru sekolah bernama Enoch Burke, yang sebelum ini pernah diminta untuk memulangkan sejumlah RM378,000 gajinya sebagai guru kerana menggelarkan pelajar trans dengan panggilan ‘He’.

Enoch Burke, berkeras hanya ada dua gelaran dalam kelasnya iaitu He atau She, merujuk kepada 2 jantina secara biologi pelajar pelajar tersebut ketika lahir.

Burke sebelum ini dijatuhi hukuman penjara kerana dianggap menyinggung perasaan golongan trans dan dia juga dianggap seorang hom*fob*k.

Sekolah mahu Enoch Burke meraikan kepelbagaian gender terutama sekali dia sebagai guru. Dia akan dilucutkan hak menerima gaji sebagai guru  berkuat kuasa serta merta.

Atas alasan, gaji yang dia terima adalah daripada cukai rakyat Ireland. Peguam Burke mengesahkan perkara tersebut.

Burke dilarang mengajar sejak 2022, kerana perlu menjalani prosedur mahkamah yang sangat panjang. Kesnya sangat ringkas. Seorang murid meminta dia memanggilnya sebagai ‘they’. Dan dia menolaknya.

Enoch Burke menegaskan dia tidak boleh melakukannya kerana itu bertentangan dengan ajaran agamanya. Dan dia berkata: “Saya ada hak yang dilindungi perlembagaan untuk mengamalkan cara hidup saya berdasarkan kepercayaan agama saya.”

Enoch Guru ditahan
Foto: X

Pihak pendakwaan kini mengancam untuk mengggandakan lagi pampasan daripada €700 sehari kepada €1,400 sehari untuk dibayar oleh Burke kepada kerajaan. Dalam erti kata lain dia harus memulangkan gajinya dan juga membayar denda.

Dan ketika ini Enoch Burke dilaporkan masih gagal membayar tunggakan €79,000 denda atau sekitar RM378,000 yang dia sepatutnya bayar daripada pemotongan gajinya kerana enggan panggil pelajar tersebut dengan gelaran dimahukan mereka.

Pihak sekolah mendakwa Enoch Burke masih datang ke sekolah seperti biasa walaupun dia sudah digantung daripada tugasannya dan masih belum melangsaikan dendanya.

Terbaru, Enoch Burke, yang sebelum ini dihukum penjara 560 hari, ditangkap sekali lagi di Sekolah Hospital Wilson.

Enoch membantah penahanan tersebut. Dia berkata: “Semua ini agenda ideologi transjantina, seperti mana dituntu oleh pengetua sekolah.

“Mereka mahu kami yang tak setuju agar diam dan tidak mempersoalkannyta. Namun akal waras saya membawa saya kembali ke pagar sekolah ini.

“Saya tidak akan meninggalkan kepercayaan agama Kristian saya untuk menggalas tugas menjadi seorang guru di sini.

“Mereka boleh sumbat saya ke penjara, namun mereka tak bolah paksa saya berbohong.”

Video guru ditahan kerana mahu terus mengajar walaupun dihalang oleh sekolah dan mahkamah itu, telah mendapat perhatian meluas di seluruh dunia.

Ada yang kurang setuju guru ditahan atas alasan yang dianggap remeh. Namu  ada juga yang setuju guru ditahan kerana dianggap tidak menghormati hak kebebasan.