Thomas Muller mendedahkan bahawa dia memang pernah dipancing Man United sebelum ini.
Dalam temubual bersapa Paramount+, Muller ditanya, pernahkah dia terfikir akan bermain di EPL.
Memandangkan sebelum ini Manchester United berminat mendapatkan khidmatnya beberapa kali, terutamanya ketika kelab itu diuruskan oleh Louis Van Gaal.
“Saya ada terfikir, mungkin ianya pengalaman yang bagus juga,” tegas Muller.
Thomas Muller jawab tentang Manchester United
Kemudian Kate Scott bertanya, adakah benar Manchester United pernah cuba mendapatkan khidmatnya.
Thomas Muller berkata: “Banyak kali.”
Ditanya sama ada dia tertarik menyertai Man United: “Maksud kamu sekarang? Ahhh… tidak sama sekali.”
Muller tidak dapat membayangkan kalau dia menyertai Man United yang dianggap tidak serius. Dia akan hanyut kerana dia seorang yang suka berseronok atau main main.

Muller menambah: “Manchester United bukan kelab yang tepat untuk saya dan saya bukan pemain tepat untuk mereka.
“Sebab mereka kelab yang suka main main, saya pun seorang pemain yang suka main main. Jadi, tak boleh bersama,” kata Muller.
Segelintir peminat United menerima pandangan Muller itu. Menurut mereka Man United memang kelab yang tidak cukup serius pada masa ini dan bahan jenaka.
Basically he’s saying we are a joke ting
— Man. (@macdot__paul) July 2, 2025
Peminat yang lain pula berkata: “Mana ada seronok di sini Muller, peminat sedang menderita.”
Thomas Muller sudah pun memahatkan namanya sebagai legenda Bayern Munich dan Jerman. Muller memutuskan untuk menamatkan kariernya bersama dengan Bayern Munich.
Muller sudah memenangi banyak trofi di peringkat kelab dan di peringkat kebangsaan. Dia juga antara penjaring terbaik dalam sejarah Piala Dunia.