Bekas pemain Arsenal, Thomas Partey mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mer*g*l dua wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.
Pemain tengah asall Ghana itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan r*g*l dan satu pertuduhan serangan seksual ketika hadir di Mahkamah Mahkota Southwark.
Menjadikan kesemua pertuduhannya adalah 6 pertuduhan. Kesalahan yang didakwa berlaku antara tahun 2021 hingga 2022, ketika pemain berusia 32 tahun itu masih bergelar pemain Arsenal.
Laporan pertama tentang perkara itu dibuat beberapa tahun lalu, walaupun ketika itu, media tidak menamakan secara spesifik nama suspek yang sedang dalam siasatan
Namun sudah ada beberapa tabloid yang memetik nama Thomas Partey. Tetapi pemain itu menafikan bahawa dia ada terkait dengan siasatan tersebut.
Namun kini, segalanya jelas, Partey didakwa empat hari selepas meninggalkan kelab utara London itu, berikutan tamat kontraknya pada penghujung Jun lalu.
Partey dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraannya yang dijadualkan bermula di mahkamah sama pada 2 November tahun depan.

Dia hanya bercakap untuk mengesahkan identitinya sebelum mengaku tidak bersalah terhadap setiap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Pemain tengah yang kini beraksi bersama kelab Sepanyol, Villarreal itu kebetulan berada di England kerana pasukannya menentang Spurs dalam saingan Liga Juara-Juara pada Selasa lalu.
Ketika beraksi, dia diejek oleh peminat Spurs yang bersorak: “Thomas Partey, kamu tahu apa yang kamu buat.”
Dia masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 1-0 untuk pasukannya.
Syarat ikat jaminnya tidak menghalang Partey daripada bermain bola sepak, namun dia diwajibkan memaklumkan kepada pihak polis mengenai sebarang perjalanan antarabangsa sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal serta dilarang menghubungi mana-mana pengadu.