Bekas pengurus Chelsea dan Bayern Munich, Thomas Tuchel dilaporkan bersetuju untuk mengisi jawatan sebagai pengendali skuad kebangsaan England yang baharu.
Menurut perkongsian Fabrizio Romano di laman media sosialnya, Tuchel bersetuju dengan syarat yang diberikan kepadanya dan beliau dilaporkan sudah menandatangani kontrak bersama FA England.
Baca Juga:
- Pemain Kacukan ‘Gred A’ Dari England Bakal Sertai Harimau Malaya?
- Marselino Ferdinan Resmi Sertai Kelab Divisyen 2 England
- FA England Buka Peluang Untuk Pengurus Asing, Pochettino & Tuchel Calon Utama
🚨🏴 BREAKING: Thomas Tuchel has completed the agreement to become new England manager.
Terms agreed, contract set to be signed with an official statement expected soon.
Tuchel opened doors to England job in July and it’s now a done deal, as @TimesSport reported.
Here we go ✨ pic.twitter.com/3AjBrcjlIZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 15, 2024
Jawatan pengurus England sebelum ini diisi oleh Gareth Southgate yang mana meletak jawatan selepas pasukan itu terus gagal memenangi kejuaraan pertama di peringkat antarabangsa sejak 1966.
England tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir UEFA Euro 2024 sekaligus menjadi sebab utama Southgate didesak untuk meletak jawatan.
Thomas Tuchel akan menjadi pengurus tetap ketiga bukan Inggeris bagi pasukan lelaki England selepas Sven-Goran Eriksson dari Sweden dan Fabio Capello dari Itali.
Sasaran utamanya akan memimpin England melalui kelayakan ke Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
FA England turut meletakkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebagai salah satu calon untuk mengisi jawatan tersebut namun Pep menolak pelawaan itu.
Tuchel sudah biasa dengan bola sepak Inggeris yang pernah menguruskan Chelsea antara Januari 2021 hingga September 2022. Pengurus berusia 51 tahun itu menjulang Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Super UEFA bersama Blues sebelum dipecat.
Skuad kebangsaan England merupakan pasukan yang paling banyak mendapat perhatian dari peminat bola sepak dunia ekoran barisan pemain bintang yang selalu dipanggil setiap kali pasukan itu beraksi.
Meskipun menjadi pasukan paling popular, namun mereka sering menjadi pasukan belasahan ketika beraksi di peringkat antarabangsa dimana The Three Lions tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sejak Piala Dunia 1966.
Tuchel dianggap sebagai calon yang sesuai kerana beliau mempunyai kredibiliti yang dianggap lebih tinggi berbanding pemain England selain corak permainan yang berbeza dari pengurus sebelumnya.