Terma Threads mula menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial kerana dijangka bakal menjadi pesaing terbaharu buat platform Twitter. Ditambah pula dengan ketamakan Twitter untuk mengaut untung, ramai yang mencari alternatif baharu.
Meskipun, aplikasi Threads yang bakal dilancarkan pada 6 Julai ini menerima sambutan yang baik, kini ada sebahagian celik IT yang menempelak tindakan Meta yang mahu mengumpul sejumlah data privasi pengguna menerusinya.
Baca Juga:
- Elon Musk Ajak Mark Zuckerberg Bertumbuk Di Gelanggang UFC
- Mark Zuckerberg Umum Pengurangan Kos Operasi Dan Berhenti Mengambil Pekerja Baharu
Berdasarkan semakan kami, terdapat lebih 10 jenis data peribadi pengguna yang perlu diberikan kebenaran akses kepada Meta. Ini termasuklah sejarah pelayaran, info kewangan, kenalan, pembelian dan juga maklumat kesihatan.
Perkara ini sudah pasti menjadi bualan hangat yang mana Meta dilihat cuba mengambil data privasi pengguna sebanyak mungkin dan pengguna perlu akur padanya.
Kita pun sedia maklum bahawa data lebih berharga berbanding minyak pada abad ini. Dengan mengumpul pelbagai set data pengguna, syarikat gergasi boleh menjualnya kepada entiti tertentu untuk menjana pendapatan jutaan ringgit.
Serious question. Is there an option that they did not select…? pic.twitter.com/Rlx9Vvd46H
— Ian Zelbo (@ianzelbo) July 3, 2023
Jadi, ada individu yang meminta orang awam untuk berfikir panjang sebelum memuat turun aplikasi berkenaan. Hal ini kerana mereka bukan sahaja boleh menjejak sesi pelayaran yang dibuat malahan berpotensi menjadi ancaman terhadap data peribadi.