Jenama outdoor & aksesori terkemuka Sweden, Thule, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Concept Store terbaharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Terletak di Lot S-079, South Court, butik ini mengetengahkan konsep moden berinspirasikan Scandinavia serta menghimpunkan pelbagai produk premium untuk mereka yang gemar mengembara, menjalani gaya hidup aktif dan tidak lupa individu yang sudah berkeluarga.

Fokus kepada travel yang lebih mudah
Thule Buka 'Concept Store' Pertama Di Mid Valley, Fokus Pada Barangan Travel Berkualiti
Antara produk yang menjadi tumpuan ialah koleksi travel luggage dan backpack Thule yang terkenal dengan rekaan ringan, tahan lasak dan praktikal.

Direka untuk pelbagai jenis perjalanan sama ada urusan kerja, percutian atau pengembaraan, setiap produk menawarkan ruang simpanan yang tersusun bagi membantu pengguna mengemas dengan lebih mudah, selain melindungi barangan sepanjang perjalanan.

Konsep ini selari dengan falsafah Thule, “Active Life, Simplified”, iaitu menghasilkan produk yang memudahkan gaya hidup aktif tanpa mengorbankan kualiti dan rekaan.

Bukan sekadar beg
Thule Buka 'Concept Store' Pertama Di Mid Valley, Fokus Pada Barangan Travel Berkualiti

Selain koleksi travel gear, pengunjung turut boleh melihat pelbagai produk lain termasuk baby stroller, baby car seat serta aksesori outdoor yang menjadi antara produk ikonik Thule di seluruh dunia.

Antara koleksi yang boleh didapati di sini adalah Thule Subterra 2, Thule Chasm, serta stroller popular seperti Thule Urban Glide 3 dan Thule Sleek 2.

Promosi pembukaan sepanjang Julai
Thule Buka 'Concept Store' Pertama Di Mid Valley, Fokus Pada Barangan Travel Berkualiti
Sempena pembukaan rasmi ini, Thule menawarkan pelbagai promosi menarik bermula 3 hingga 31 Julai 2026.

Pengunjung boleh menikmati harga istimewa untuk produk travel terpilih, termasuk pakej pembelian khas bagi luggage dan backpack.

Malah, pelanggan yang berbelanja RM600, RM1,200 atau RM1,800 turut akan menerima hadiah eksklusif berupa aksesori Thule, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Jadi, jika anda mencari aksesori outdoor & keluarga yang berkualiti, jangan lupa singgah ke butik Thule Di Mid Valley Megamall.