Kecoh beberapa hari yang lalu apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang tertakluk kepada moratorium turut dikenakan faedah sepanjang 6 bulan.
Pengumuman yang dibuat ini sekaligus menimbul rasa tidak puas hati buat orang ramai melihatkan kepada situasi semasa ditambah pula dengan moratorium yang baru sahaja berlangsung seawal April 2020.
Terbaharu, Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini telah mengumumkan tiada caj tambahan dikenakan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional mahupun shariah.
Kenyataan Media YB @tzafrul_aziz, Menteri Kewangan mengenai Tiada Caj Tambahan atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Konvensional dan Shariah). pic.twitter.com/VE82Kk7WAY
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) May 6, 2020
Pengumuman yang dibuat ini sekaligus bakal meringankan beban para peminjam khususnya mereka yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Kami kongsikan juga pengumuman yang dibuat oleh pihak BNM sebelum-sebelum ini.
Peminjam Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap Bakal Dikenakan Faedah Sepanjang Moratorium
BNM Umum Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Secara Automatik Selama Enam Bulan