Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek tampil mendedahkan dirinya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000 apabila pihak penaja membuat keputusan menarik diri selepas acara pertunjukan fesyen dianjurkan pada tahun lalu.

Menurut laporan, pihak penaja berkenaan menarik diri sejurus selepas acara tersebut tamat dan kini dia dalam proses melangsaikan baki hutang membabitkan pembekal dan beberapa pihak lain yang terlibat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya terpaksa mencari jalan untuk membayar vendor dan model yang sudah melaksanakan tugas mereka. Tapi Alhamdulillah saya sudah dapat bayar separuh daripada jumlah itu.

“Cuma saya reda apabila selesai saja acara pertunjukan fesyen tiba-tiba pihak penaja tarik diri dan saya perlu selesaikan hutang seorang diri.

“Kesilapan saya kerana tidak ada kontrak. Pengakuan sumpah itu tidak ada, kononnya kami percaya dengan mereka sebab perniagaan Melayu dengan Melayu.

“Bila dapat tahu perkara itu saya jadi hilang punca, tak tahu nak buat apa, model 80 orang, kos lampu hampir RM150,000, konsultan, pentas dan artis semuanya saya yang kena bayar.” ujar Karl.

Menurutnya, dia mengakui kesilapan pihaknya dimana tidak membuat surat perjanjian rasmi dengan pihak penaja terbabit.

Tambahnya, dia mengambil pengajaran daripada insiden tersebut agar tidak berulang lagi pada masa akan datang dan reda dengan apa yang berlaku.