Setiap kali ingin menambah nilai Touch ‘N Go, pastinya caj 50 sen antara yang bakal dikenakan. Hal ini sedikit sebanyak menimbul tanda tanya pengguna memandangkan Touch ‘N Go merupakan satu-satunya penyedia khidmat pandu lalu di tol PLUS.
Terbaharu, Shell Malaysia telah mengumumkan untuk menghapuskan caj 50 sen bagi setiap tambah nilai Touch ‘N Go di semua 27 stesen minyak sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, inisiatif terbaru yang dibuat Shell Malaysia ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan beban para pengguna lebuh raya.
Nampaknya selepas ini mungkin anda boleh rancang perjalanan anda untuk tambah nilai Touch ‘N Go di 27 stesen terpilih sepanjang lebuh raya.
Shell baru-baru ini telah menjalankan kempen bagi merebut ganjaran ekstra dengan Bonuslink. Turut dikongsikan, tandas unik stesen Shell ini yang berjaya mendapat lebih 3 juta penonton di YouTube.
Isi Minyak Di Shell Dan Rebut Ganjaran Ekstra Dengan BonusLink!
Tandas Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 3 Juta Penonton Di Youtube