Kita baru sahaja mendengar berita berkenaan pengguna boleh membuat pembayaran berasaskan kad ATM untuk pengangkutan awam nanti. Rata-ratanya pengguna yang menyambut baik dengan inisiatif tersebut.
Terbaharu, Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi kini mengumumkan beberapa lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka untuk plaza tol menjelang pada September 2023.
Baca Juga:
- Tiada Kemajuan Didapati Sejak Lebih Dua Dekad, PM Pertimbang Semula Monopoli Touch n’ Go
- Lembab Dan Menyusahkan, 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Selaras dengan itu, antara lebuhraya yang akan terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Gunthrie serta Jambatan Pulau Pinang.
Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan kad debit dan juga kad kredit untuk tujuan pembayaran tol, selain daripada penggunaan kad Touch n Go sedia ada. Malah, jika pengguna tidak mempunyai baki kad TNG yang secukupnya juga boleh menggunakan alternatif kad ATM untuk pembayaran dengan mudah.
Difahamkan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka (open payment system) itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan. Selain bakal dilakasanakan di kesemua lebuh raya di Malaysia, ia juga dapat menghalang monopoli Touch ‘n Go.