Untuk menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membayar kepada syarikat konsensi lebuh raya, mekanisme pembayaran tol percuma oleh kerajaan sebelum ini dimansuhkan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemansuhan mekanisme itu digantikan dengan diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini, lapor Bernama.

Baca Juga:
- Kerajaan Bakal Teliti Semula Keputusan Henti Pemberian Tol Percuma
- ‘Tol Percuma Sempena Perayaan Bebankan Kerajaan, Tak Selesaikan Kesesakan’ – Zahid Hamidi
- ‘Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Musim Perayaan’ – Menteri Kerja Raya
“Dalam setahun, lapan hari diberikan tol percuma dan sekarang jumlah hari sama akan diberikan diskaun 50 peratus.
“Kalau 100 peratus (percuma), kita menggunakan RM160 juta, bahagia dua (50 peratus) bayaran kepada konsesi sebanyak RM80 juta,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar-Sabak Bernam baru-baru ini.
Tol percuma digantikan diskaun 50 peratus sepanjang musim perayaan

Beliau berkata pengurangan tol 50 peratus dipersetuju dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.
“Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya (semasa musim perayaan).
“Jadi, Kabinet telah memutuskan supaya ini diteruskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,” katanya.
Tambahnya lagi, kos bagi diskaun tol terbabit dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat dan bukannya dibiayai syarikat konsesi.
Tol percuma beri bebanan kepada kerajaan

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pemberian tol percuma itu memberi bebanan kepada kerajaan.
Pada masa sama menurutnya lagi, ia juga tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas sewaktu perayaan.
Zahid menyatakan kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Tempoh konsesi tol terpaksa dipanjangkan kerana pampasan itu tidak diberikan secara tunai.
Beliau turut menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dengan lebih baik tanpa bergantung pada tol percuma.