Baru-baru ini tular satu klip berdurasi 3 minit 11 saat di mana sebuah Proton X90 diselamatkan daripada terbakar lebih teruk. Menurut perakam video, kejadian itu mungkin berlaku disebabkan bateri kereta tersebut.

Sehubungan dengan itu, PROTON telah tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengemaskini insiden berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami telah mengambil maklum tentang kejadian itu dan kenderaan berkenaan kini berada di bawah simpanan kami.

“Siasatan teliti kini sedang dijalankan dan kami akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan punca kejadian,” kata PROTON.

@yoyoung

#protonmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral

♬ Titanic flute fail – Funny/Awesome Vids

Proton juga menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid ringan (48v) Proton X90.

Pihaknya memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan.

“Di PROTON, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami dan oleh itu, kami ingin memberi keyakinan kepada pengguna semua model Proton bahawa kenderaan mereka dihasilkan untuk memenuhi piawaian tertinggi.

“Setiap unit akan menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan kami yang dihargai,” jelas PROTON lagi.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.