‘Tiada maaf bagimu’, itulah kenyataan terbaru Abby Abadi ditujukan kepada Aslam.
Abby Abadi anggap dirinya tiada menantu, dan pintu kemaafan sudah tertutup buat Aslam.
Abby Abadi memutuskan untuk menolak sebarang usaha untuk berdamai. Dalam hantaran di Threads pada malam Sabtu, Abby menyatakan bahawa peluang kemaafan telah tertutup dan tiada keperluan untuk Aslam datang memohon maaf.
Sebelum ini, Aslam, 26, telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby melalui Threads. Namun, Abby meminta agar Aslam datang bersemuka untuk memohon maaf secara langsung, bukannya menulis di media sosial.
Isu ini kembali hangat apabila Abby meluahkan rasa hairan terhadap permintaan agar dia memohon maaf kepada madu Marissa, Umisya Mazlan.
Marissa pula menyatakan hasrat untuk menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi, bukan melalui media sosial.
Tiada maaf bagimu!
Dipetik dari laman threads, Abby berkata: “Video siaran langsung saya sebelum ini suruh dia datang minta maaf, sudah tak sah ya.
“Jangan datang, tiada keperluan untuk datang dan tiada maaf bagimu. Saya tiada menantu, lagi pula suami orang, tidak berminat, titik!”
Netizen rata rata kurang setuju dengan tindakan Abby Abadi kali ini. Dan berharap semua pihaak menyelesaikan kemelut keluarga mereka sebaiknya.
Seterusnya netizen juga meminta Marissa sebagai anak agar tidak berputus asa dan terus memujuk ibunya.
Sebelum ini Abby Abadi kecewa kerana Marissa menuduh dia menabur fitnah ke atas menantu dan anak sendiri.
Abby Abadi malah mempertahankan dirinya, menyatakan semua yang dia ceritakan adalah benar. Cuma dia tiada bukti video sahaja.
Abby Abadi mengundang kritikan daripada Marissa selepas mendedahkan Aslam pernah mengganggu Marissa yang ketika itu masih bersekolah dan di bawah jagan ibu bapanya.
Marissa menganggap kenyataan Abby Abadi itu fitnah dan membuatkan suaminya kini digelar seorang ped****.