Tular sebuah satu kisah yang cukup meruntun hati orang ramai yang dikongsikan oleh seorang pemuda menerusi TikTok di mana memperlihatkan sesiapa sahaja boleh berbuat kebaikan tanpa perlu pertalian darah sama sekali.

Semuanya bermula dari satu video yang ringkas, pemuda bernama Azim Indra merakam tentang seorang wanita yang gigih berniaga di jalan raya di kala lewat malam yang didakwa berlaku pada 3 Julai 2025.

Difahamkan dia terserempak dengan wanita itu yang sekarang digelar sebagai Umi yang mana menjual donut di kawasan laluan trafik.

“Malam tu saya nak beli donut sekadar nak bantu. Tapi yang paling menyentuh hati. “Doa Umi”, doa yang panjang dan ikhlas dan penuh harapan,” kongsinya di dalam teks video.

Difahamkan pada bulan berikutnya dia pergi melawat wanita tersebut di tempat tinggalnya dan timbul rasa sebak melihat keadaan hidup yang serba sederhana tetapi masih mampu melontarkan senyuman kepada mereka yang datang sebagai tetamu.

Sewaktu bersembang dengan Umi, wanita berkenaan meluahkan satu hajat yang mahu dikecapinya sebelum menutup mata buat selamanya iaitu mahu menjejak kaki ke Tanah Suci.

Dia sangater tersentuh dengan situasi Umi yang serba kekurangan tetapi masih bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Sang Pencipta.

Dalam pada itu, dia langsung nekad untuk bantu Umi untuk mengerjakan umrah seperti yang diimpikan sebagai balasan akan doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pada malam pertemuan sebelum itu.

Pemuda itu sedia bantu menguruskan segala urusan termasuklah berkaitan pasport dan belikan kelengkapan umrah.

“Kadang-kadang saya sendiri terharu dengan aturan Allah untuk Umi. Walaupun kita tidak pernah saling mengenali, tetapi dalam rezeki dan harta saya, rupanya ada bahagian yang Allah titipkan khusu untuk Umi,” ujarnya lagi.

Di pengakhiran video itu, wanita itu tersenyum lebar bersama rombongan yang mahu mengerjakan umrah pada ketika itu.

@azimindraa

“akan selalu ada jalan, untuk setiap niat baik yang selalu kita usahakan”. Terima Kasih @Hijir Travel bantu uruskan & mudahkan urusan umi di Tanah suci #fyppppppppppppppppppppppp #kelantan #umrah2025

♬ original sound – Azim indra – Azim indra

Video berdurasi 1:10 minit sudah cukup meruntunkan hati para penonton dan rata-ratanya mendoakan kebaikan serta dimurahkan rezeki buat pemuda yang sudi menunaikan hajat Umi walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah.