Tular di internet satu gambar dan memo daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai ketiadaan cukai jalan (roadtax) fizikal untuk kenderaan persendirian mulai 18 April untuk tempoh satu bulan.

Memetik hantaran Facebook ARroadtax.my, sehingga 16 April 2025 baki stok fizikal Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam simpanan stor utama JPJ hanya tinggal 40,000 keping sahaja.

Baca Juga:

Difahamkan jumlah tersebut tidak dapat menampung jumlah penggunaan bagi urusniaga Pelesenen Kenderaan di seluruh negara untuk tempoh sebulan.

Isu itu terjadi apabila mesin pencetak Hologram di pihak pembekal (PKN) telah rosak. Tempoh untuk baik pulih mesin tersebut dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Sehubungan itu Datuk KP JPJ telah bersetuju supaya tindakan jangka masa pendek diambil oleh Bahagian Pelesenan Kenderaan bagi mengawal penggunaan slip LKM.

Solusi jangka pendek ketiadaan roadtax fizikal
Tiada 'Roadtax' Fizikal Untuk Kenderaan Persendirian Dari 18 April Hingga 18 Mei, Kenapa?
Sumber Gambar: Facebook ARroadtax.my

Antara solusi jangka pendek tersebut adalah pemilik atau wakil yang hadir untuk memperbaharui LKM kenderaan persendirian individu wargenagara hanya dibenarkan memperbaharui LKM tanpa cetakan (secara digital eLKM) kecuali kepada pemohon yang ingin ke luar negara. Kawalan tersebut bermula mulai 18 April hingga 18 Mei ini.

Selepas 18 Mei, bagi mereka yang inginkan dapatkan cetakan slip fizikal LKM boleh membawa salin resit urusniaga.

Selain itu, kenderaan selain persendirian individu warganegara seperti kenderaan persendirian individu milik bukan warganegara, persendirian syarikat, perdagangan, barangan dan lain-lain (yang tidak mempunyai paparan digital di MyJPJ) masih dibenarkan untuk membuat cetakan fizikal slip LKM.

Tiada 'Roadtax' Fizikal Untuk Kenderaan Persendirian Dari 18 April Hingga 18 Mei, Kenapa?
Sumber Gambar: Facebook Perbadanan Putrajaya

“Penggunaan slip LKM di kios-kios JPJ juga hendaklah dikawal dalam tempoh tersebut. Pembaharuan LKM di kios juga perlu dijalankan secara digital tanpa cetakan.

“KBL Negeri diminta untuk membuat pelaporan kedudukan stok LKM semasa secara harian kepada Ibu Pejabat sepanjang tempoh kawalan.

“Bahagian ini juga sedang berusaha untuk memastikan bekalan slip LKM ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera beserta pelan tindakan penyelesaian jangka panjang,” kata Pengarah Pelesenan Kenderaan Ibu Pejabat JPJ Malaysia.