Seorang wanita merakam lelaki kencing pada dinding parkir bawah tanah sebuah pasaraya terletak di Subang Jaya pada malam, Khamis baru-baru ini.

Dalam video berdurasi itu 44 saat itu, wanita berkenaan menghampiri lelaki terbabit dan memberitahunya ada tandas di dalam bangunan pasaraya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Ya sorry,” kata lelaki berkenaan dan terus bergegas masuk ke dalam sebuah Mazda 3 yang sedang menunggunya.

Wanita yang merakam video mendekati kereta tersebut dan mendapati di dalamnya ada pemandu yang menunggu lelaki terbabit selesai ‘melepaskan hajat’.

Rakaman video itu telah mengundang kecaman netizen yang berasa jijik melihat lelaki terbabit selamba mengotorkan kawasan parkir dengan air kencingnya.

Ada juga warganet baru tersedar bahawa selama ini kawasan parkir berbau hancing rupa-rupanya disebabkan ada segelintir individu tidak sivik yang kencing di kawasan itu.

Pada akhir video berkenaan, lelaki yang kencing sesuka hati itu melambai tangan kepada wanita tersebut sambil kereta beredar meninggalkan kawasan parkir bawah tanah itu.

Wanita itu turut kongsikan gambar bahagian dinding parkir itu yang mempunyai kesan kotoran akibat dikencing lelaki terbabit. Kesan kotoran itu turut mengalir di atas permukaan lantai.