Ariz Ramli atau Caprice dilihat akan meneruskan saman terhadap syarikat terkemuka Mydin yang menurutnya telah membuat beberapa siri hantaran berbaur sindiran.

Dalam perkongsian di Insta Stories Caprice, beliau telah membalas pertanyaan pengikut berkenaan saman yang ingin dibuat sama ada diteruskan atau tidak.

Baca Juga:

“Ya (teruskan saman). Saya tak pernah sangka, orang yang kita hormati akan melakukan perkara serendah ini dengan membenarkan pasukan media sosialnya untuk menyindir dan perli saya.

“Bagaimana nak nafikan sedangkan ruang komen memang ‘tag’ dan tahu itu mengenai saya,” tulisnya.

Caprice juga merasakan syarikat itu sengaja mahu mengajak masyarakat untuk menyindirnya. “Sangat mengecewakan. Mereka tahu apa mereka buat dengan menggunakan ayat nama ‘cap’ dan ‘rice’. Tapi, buat-buat tak tahu.

“Nak ajak orang perli, sindir, sila bos. Tanggunglah dosa itu. Ingat tua-tua, kita akan fikir kubur, tapi nak sangat ‘cool’ dan ‘in trend’. Sanggup kejar ‘mata’,” tulisnya.

Salah seorang pengikut Caprice turut berkongsikan sentimen yang sama. “Sungguh memalukan ya. Brand terkenal perangai macam ini. Mereka sendiri tahu mereka nak perli siapa. Lepas tu tak nak mengaku. Menyedihkan dan memalukan,” kata pengikut Caprice.

Semalam, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berkata beliau ‘mengalukan’ surat saman daripada pihak Caprice.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Sumber