Baru-baru ini, kumpulan Caliph Buskers meluahkan rasa kecewa mereka terhadap satu penganjur yang tidak membayar persembahan yang disertai mereka pada 9 dan 10 Disember lalu di Pulau Pinang.
Menerusi akaun rasmi Facebook milik Caliph Buskers, mereka memohon pihak penganjur tersebut melunaskan bayaran seperti dijanjikan secepat mungkin.
Baca Juga:
- Tonton Medley Lagu Finalis AJL 33 Nyanyian Caliph Buskers
- Tonton Video Muzik ‘Buta’ Caliph Buskers Yang Sangat Deep
- Bahagiakan Penonton Dengan Konten Kelakar, Ryan Bakery Dedah Ditipu Ratusan Ribu Ringgit
Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga tidak membayar deposit yang sepatutnya dibuat sebelum persembahan. “Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian. Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tapi membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,” tulisnya di Facebook.
“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami. Bahkan, mereka juga meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempat persembahan yang jauh dengan harapan mereka dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri.
“Setelah itu semua kami lakukan, takkanlah satu sen pun kami tak dapat terima daripada kalian? Tolonglah kami. Kalau tak mampu bayar penuh, bayar sedikit-sedikit pun jadilah. Ini satu sen pun tak ada,” ujarnya.
Rata-rata netizen bersimpati dengan dugaan yang menimpa Caliph Buskers dan marah kerana penganjur berkenaan ingin mengambil kesempatan atas baik hati kumpulan itu.
Netizen turut mendoakan agar bayaran tersebut dapat diselesikan dengan segera oleh pihak penganjur.