Bekas penjaga gol Selangor di awal 2000an, Jamsari Sabian mahu menjual pingat yang dimenanginya ketika bergelar pemain profesional bersama MBPJ F. sebagai langkah untuk kelangsungan hidup.

Menerusi laman Facebook miliknya, Jamsari mengambil langkah tersebut setelah majikannya iaitu Kelantan United tidak membayar gajinya selama tiga bulan terakhir.

Baca Juga:

Menurut laporan Sinari Harian, Jamsari mahu menjual pingat yang dimenangi sebelum ini dengan harga RM30,000.

“Saya memang nak jual pingat tu dalam RM30,000 sebab utama memang pasal gaji. Lima bulan tak ada gaji. Tetapi, syukur Kelantan United pun dah bayar bulan Ogos dan September semalam. Baki tinggal bulan Oktober, November dan Disember,” katanya.

Tiga pingat yang dimenangi Jamsari ketika bersama zaman kegemilangan MPPJ FC diraih menerusi juara Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala FAM dan Liga Perdana sepanjang 2001 hingga 2004.

Sebelum ini, Jamsari juga pernah menjual koleksi pingat yang dimenanginya bersama pasukan Selangor pada musim 2005.

Isu tunggakan gaji terus menghantui saingan Liga Malaysia dimana saban tahun ada pasukan yang culas atau gagal dalam membayar gaji dan pegawai pasukan sekaligus tidak menjaga kebajikan mereka.

Satu lagi pasukan dari Kelantan iaitu TRW Kelantan tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024/25 selepas kelab itu gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Keputusan ini dibuat kerana Kelantan gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023.

Setelah gagal menyelesaikan Langkah Pertama dan Langkah Kedua pada 30 November 2023 dan 31 Disember 2023, maka Kelantan gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super musim 2024/25.

Bagaimanapun Kelantan FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari 2024 sebelum jam 5:00 petang terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.