Satu masa dulu orang Malaysia tidak asing lagi dengan penggunaan bahasa kebangsaan pada nama kereta keluaran tempatan seperti Perodua Kancil, Perodua Rusa, Proton Saga dan Proton Wira.
Tetapi kini, bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan pada model-model kereta terbaru keluaran tempatan dan digantikan dengan nama dari bahasa asing. Itu luahan perkongsian seorang pengguna platform Twitter (@aamirmisra) baru-baru ini.
Kereta dan Bahasa Melayu
Dahulu kita berbangga dengan Kancil, Rusa, Kembara, Kenari dan Kelisa. Semuanya guna bahasa Melayu.
Selepas itu muncul Viva (Latin), Nautica (Latin), Alza (Sepanyol), Myvi (Inggeris, singkatan daripada My Vision) dan Axia (Greek).
— Amīr ud-Dīn MR 🇲🇾🇪🇬🇵🇸 (@aamirmisra) March 4, 2021
Seketika seperti ada harapan untuk bahasa Melayu apabila muncul Aruz (berdasarkan perkataan 'arus') dan Bezza (berdasarkan perkataan 'beza').
Terbaharu, nama Ativa dipilih daripada bahasa Portugis.
Rupa-rupanya, istilah dalam bahasa Melayu tidak laku di ranah sendiri.
— Amīr ud-Dīn MR 🇲🇾🇪🇬🇵🇸 (@aamirmisra) March 4, 2021
Peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sudah ada.
Cuma tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
— Amīr ud-Dīn MR 🇲🇾🇪🇬🇵🇸 (@aamirmisra) March 4, 2021
Menurut Tuan Amir, menamakan kereta buatan tempatan dengan bahasa kebangsaan merupakan salah satu peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke mata dunia.
Jika kita lihat pada zaman ini, liputan industri automotif semakin mudah dan meluas dengan perkongsian di pelbagai platform internet. Bahkan, kereta jenama tempatan sudah pun mengeksport kereta ke luar negara sekaligus dapat menaikkan bahasa kebangsaan ke arena antarabangsa.
Ciapan Tuan Amir turut dikongsikan oleh Facebook Page Ajar yang telah mendapat ratusan perkongsian dan komen dari pengguna Facebook. Rata-rata berkongsikan pendapat secara berhemah pro dan kontra mengenai perkara ini.
Bagaimana pula dengan anda? Wajarkah pengeluar-pengeluar kereta tempatan menggunakan bahasa kebangsaan semula untuk kereta keluaran mereka pada masa akan datang? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.
Baca lagi artikel-artikel yang kami kongsikan pada minggu ini melalui pautan di bawah.
Dilengkapi Enjin Turbo, Ini Kos ‘Maintenance’ Perodua Ativa Yang Anda Kena Tahu
Ibarat Tempah Maut, Netizen Terkejut Ada Yang Masih Berani Guna Jalan Felda Aring
Isu Saman Ekzos Bising, Penjual Dan Pengeluar Juga Perlu Dikenakan Tindakan