Salah satu kelemahan perkhidmatan ChatGPT yang dikesan adalah data yang dikongsikan hanya terhad sehingga tahun 2021 sahaja. Anda pasti merasa terbantut untuk membuat tugasan atau rujukan jika maklumat yang disediakan tidak relevan dengan tahun semasa.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook Khairul Ikhwan Zulkefly, beliau telah mengajar cara bypass ChatGPT untuk mendapatkan maklumat terkini. Semudah empat langkah sahaja untuk dilakukan, boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Baca Juga:
- Ketahui Cara Mencarum Ke KWSP Secara Sukarela Untuk Simpanan Persaraan Yang Lebih Tinggi
- Cara Semak Lesen Dan ‘Road Tax’ Menerusi Aplikasi MyJPJ
- Ketahui Cara Mudah Buat Aduan Salah Laku Di Jalan Raya Menerusi Aplikasi MyJPJ
Cara ‘bypass’ ChatGPT untuk dapatkan maklumat terkini
1. Pertama sekali, masukkan frasa Web ChatGPT pada enjin carian di laman browser dan klik pada pautan pertama di senarai tersebut.
2. Tambah extension yang baru dimuat turun lalu beri akses agar boleh menyunting data input OpenAI yang sedia ada.
3. Selepas itu, aktifkan butang ‘Search On The Web’ dan pilih tetapan “5 results”, “Anytime” dan “Any region”.
4. Gunakan ChatGPT yang telah diubah suai ini yang mana AI telah dikemas kini dengan data tahun 2023. Boleh lihat contoh yang dikongsikan pada gambar tersebut.
Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dikesan seperti input yang pendek, data tidak terlalu tepat dan maklumat hanya berpandukan carian popular menerusi SEO. Jadi, anda masih boleh gunakannya tetapi tidak mempercayai 100% pada informasi yang ditawarkan.
Anda perlu membuat rujukan daripada beberapa sumber sahih terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh digunakan untuk tujuan kerja atau pun tugasan. Difahamkan ChatGPT 4.0 bakal diperkenalkan tidak lama lagi yang mana jauh lebih maju termasuklah penawaran video, audio dan gambar selepas ini.