Tular satu rakaman video dashcam kejadian langgar lari selepas tol Batu 9 berhampiran Sri Raya Cheras pada pukul 10.50 malam semalam sehingga mengakibatkan sebuah Proton Saga hampir hilang kawalan lalu menghentam penghadang jalan.
Menurut pemandu Proton Saga itu, @likweis, kemalangan terbabit berlaku sekelip mata apabila ada sebuah Honda City berwarna biru di lorong tengah memecut ke hadapan lalu merempuh di bahagian sisi hadapan keretanya sehingga ada cermin sisi salah sebuah kenderaan tercabut dan jatuh ke atas jalan raya.
My vehicle was hit and run last night 28/02/2022 at 10:50pm right after Batu 9 toll, near Sri Raya Cheras. The impact was hard I almost lost control and hit the barricade at 60. The other vehicle sped off, and even tho I gave chase for another few km, it did not slow down at all pic.twitter.com/0yvV86cpXM
— likweis (@likweis) March 1, 2022
Sejurus kejadian tersebut berlaku, @likweis yang masih lagi dalam keadaan terkejut ketika waktu itu cuba mengejar Honda City terbabit untuk beberapa kilometer, namun ia memecut laju meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa cuba mengesan nombor plat Honda City tersebut, bagaimanapun rakaman dashcam yang kurang jelas dan agak kabur menyukarkan @likweis mendapatkan nombor plat kereta terbabit.
I drive a silver Proton Saga and the reckless driver was in a Blue Honda City. I did not manage to get the plate number down as it all happened too fast and the driver did not stop.
— likweis (@likweis) March 1, 2022
Lepas tol ni memang org selalu pecut je sebab jalan tu luas. Bahaya gila sebab semua kereta akan menghala ke tengah. Nasib la driver ni boleh kawal if not dah berpusing🤧 https://t.co/25q12ysJOf
— DÉS (@yourfriendlyflw) March 1, 2022
https://twitter.com/NadiashamiraJ/status/1498546319165898752?s=20&t=sULxe18kXzvJzayWYRQtXQ
Menurut beberapa pengguna Twitter yang lain, mereka mencadangkan mangsa untuk mendapatkan rakaman video CCTV daripada pihak Plaza Tol Batu 9 untuk mengesan pemandu Honda City itu.
Tambah mereka lagi, kawasan selepas plaza tol memang menjadi satu ‘medan lumba’ oleh sesetengah pengguna jalan raya disebabkan laluannya yang agak lapang.
@likweis dan teman wanitanya yang sedang pulih daripada trauma meminta agar orang ramai yang berada semasa kejadian atau mempunyai info lanjut mengenai Honda City terbabit untuk menghubunginya pada kadar segera melalui Twitter miliknya.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Dua pemandu wanita dipuji netizen apabila mereka menyelesaikan isu kemalangan di antara mereka dua dengan penuh berhemah sekali. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
‘Siap Selfie Lagi’- Netizen Puji Dua Pemandu Wanita Tenang Selesaikan Isu Kemalangan
Netizen Dakwa Pemilik Ford Mustang Sengaja Berhenti Di Tengah Jalan Demi Konten
Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring