Pada 1 Syawal yang lalu, pelakon Alya Iman telah memuat naik gambar menunjukkan penampilan terbaharunya di Instagram miliknya.

Alya yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung telah mengejutkan orang ramai. Dalam satu laporan, dia mengatakan bahawa dia tidak mahu terus menipu tentang diri sendiri dalam media sosial.

Baca Juga:

Tambahnya, dia tidak kisah dengan kecaman dan juga tidak menghalang netizen untuk membenci penampilan baharunya itu dia kerana dirinya lebih selesa dengan imej tidak berhijab buat masa sekarang.

Malah, keputusannya untuk mendedahkan imej terbaharunya itu kepada umum juga telah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan teman rapat.