Siapa sangka di Ampang terdapat sebuah restoran Thai yang unik dan akan memberikan anda satu pengalaman berbeza untuk menikmati makanan anda. Veg Fish Farm Thai Restaurant nama diberi dan ia merupakan hidden gems di hutan Hulu Langat.

Apa yang menjadi tarikan di restoran ini adalah makanan dihantar dengan menggunakan bot laju oleh pelayan restoran. Merentasi tasik dari dapur ke tempat makan, makanan anda akan dihidangkan dengan cara berbeza seperti di Thailand, jika anda pernah ke sana sebelum ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

78994113_1265689303638421_1583724187732672512_o

90211307_1624949021001007_1742085872523673600_n

Sudah namanya restoran makanan Thai, pastinya pelbagai seleksi makanan Thai boleh dicuba dan nikmati terutama sekali tomyam, street food Thailand dan juga makanan laut yang segar.

Bukan hanya itu, restoran ini yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi pastinya akan membuat anda berasa tenang saat menikmati hidangan anda. Malah, anda juga dapat melihat ikan berenang-renang dalam tasik membuatkan anda seperti sedang bercuti.

56816159_109313740138481_8461861558720264231_n

Bagi anda yang ingin kunjungi restoran ini, ia dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11.30 malam. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi restoran ini di talian 016-3986493.

Adakah anda teruja untuk datang berkunjung makan di sini? Pastinya restoran ini merupakan antara tempat makan menarik yang perlu anda cuba terutama sekali anda yang ingin makan sambil nikmati keindahan alam semulajadi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan tempat makan yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.

7 Tempat Makan Malam Dengan Pemandangan Menarik Hanya Di Lembah Klang

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

5 Tempat Makan Dengan Set Tengahari Bawah RM15 Sekitar Kuala Lumpur

Sumber