Pada hujung minggu lalu, Syamsul Yusof akhirnya mengaku beliau telah berkahwin dengan Ira Kazar dan hal ini telah meraih perhatian orang ramai kerana telah lama kontroversi ini berpanjangan.
Terbaru, Puteri Sarah telah memohon agar Syamsul untuk menceraikan dirinya kerana dia tidak mahu bermadu dengan Ira Kazar di dalam satu hantaran di Instagram.
Baca Juga:
- Terkena Tempias Isu Syamsul Yusof Dan Ira Kazar, Abby Abadi Kesal Netizen Ungkit Kisah ‘Silam’ Berunsur Fitnah
- Syamsul Yusof Akhirnya Sahkan Pernikahannya Bersama Ira Kazar Di Thailand
- Netizen Setuju Dengan Ulasan Matang Sajat Isu Perkahwinan Syamsul Yusof Dan Ira Kazar
https://www.instagram.com/p/CnObO6grSdk/?hl=ms
Menurutnya, dia terpaksa untuk menggunakan platform media sosial kerana Syamsul masih menyekatnya sejak setahun lalu. Oleh yang demikian, dia tidak dapat berbincang dengan Syamsul.
Terdahulu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.