Bagi anda yang mengundi pada 19 November 2022, jari anda pasti mempunyai dakwat kekal dan semestinya ketika ini ramai sudah mulai rimas melihat jari mereka serta mahu menghilangkan dakwat tersebut segera.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @eeillamira telah berkongsi tips untuk menghilangkan dakwat mengundi pada jari anda tidak sampai 10 minit dan tips dikongsinya telah dicuba ramai orang serta terbukti berkesan.
Baca Juga:
- 7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Selain Daripada Membawa Power Bank
- 9 Tips Tawar Harga ‘Kaw-Kaw’ Sewaktu Membeli Belah Di Vietnam
- 4 Tips Elak Tantrum Anak Semasa Sedang Membeli-belah
Geram lah jari celup undi tu makin kering berkuping.
Nasib dah jumpa cara nak hilangkan, tak sampai 10min pun tau.
From THIS. To THIS. pic.twitter.com/NOe8TmRPTp
— Izz Sofea ❤️ (@sofea_izz) November 21, 2022
Bagi anda yang berkulit sensitif pun tidak perlu bimbang untuk mengikuti tips ini kerana ia tidak akan mengeringkan kulit anda. Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui cara hilangkan dakwat mengundi pada jari? Jom kita mulakan.
1. Gunakan Veet Cream
Pertama sekali, anda perlu ada Veet Cream ini. Kemudian, sapu pada jari yang ada dakwat (kering) and biar dalam 5 hingga 6 minit.
2. Sental guna micellar water
Selepas itu, anda boleh boleh sental atau scrub untuk buatkan dakwat itu tertanggal. Lebih disarankan untuk guna micellar water agar lebih mudah tanggal tanpa rosakkan jari anda dan siap.
Mudah sahaja, bukan? Bolehlah anda cuba sendiri di rumah, barangan-barangan ini pun mudah untuk didapatkan di kedai terdekat anda.
Sebelum ini, ada juga yang cadangkan untuk guna bahan peluntur tetapi bagi mereka yang memiliki kulit sensitif tidak digalakkan kerana akan membuatkan kulit kering dan rosak.